Suatu
polimer termoset atau sekadar
termoset ialah suatu
polimer yang diperoleh melalui pengerasan kekal suatu
prapolimer pepejal lembut atau cecair likat (
resin).
[1] Proses ini, yakni proses pematangan, dijalankan dengan bantuan haba atau sinaran sesuai, dan dapat juga dilakukan dalam tekanan tinggi atau dengan bantuan
mangkin. Haba tak semestinya diberi dari luar, tetapi lazimnya terhasil daripada tindak balas resi dengan agen pematang (pengeras atau mangkin). Proses pematangan memberikan rantai silang yang meluas antara polimer-polimer untuk membentuk suatu rangkaian polimer yang keras.Bahan permulaan dalam penghasilan termoset lazimnya
mulur atau cecari sebelum pematangan, dan lazimnya direka agar diacu menjadi bentuk akhir. Polimer ini juga dapat digunakan sebagai
pelekat. Setelah mengeras, termoset tidak boleh dicairkan semula, tidak seperti
termoplastik yang lazim dikilang dalam bentuk pelet, dan dibentuk melalui pencairan semula termoplastik.Plastik termoset secara amnya lebih kukuh berbanding dengan termoplastik oleh kerana rangkaian silang yang bersifat tiga dimensi, dan lebih sesuai dalam kegunaan bersuhu tinggi sehingga satu tahap oleh kerana
ikatan kovalen yang kuat di antara polimer yang tidak mudah terputus. Dengan ini, rangkaian silang serta kandungan molekul aromatik yang lebih banyak membawa kepada ketahanan haba dan kimia yang lebih baik. Kekuatan dan kekerasan mekanikal turut membaik, tetapi menjadi lebih rapuh.
[2] Plastik termoset secara biasanya terurai sebelum mencair.